BARISAN perenang negara menunjukkan pingat emas yang berjaya dimenangi semalam.
PUSAT Akuatik Nasional di Bukit Jalil terus menjadi lubuk emas buat perenang negara.
Pada hari kedua acara renang semalam, lima pingat emas, satu rekod kebangsaan serta lima rekod kejohanan berjaya dicatatkan pere- nang negara.
Pada hari kedua acara renang semalam, lima pingat emas, satu rekod kebangsaan serta lima rekod kejohanan berjaya dicatatkan pere- nang negara.
Ratu renang negara, Khoo Cai Lin mencipta kejutan apabila memecah rekod kebangsaan menerusi acara 200 meter gaya bebas wanita.
Dia mencatatkan masa 2 minit dan 03.55 saat, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan yang dicatatnya sendiri iaitu 2:04.65s pada Kejohanan Renang Kebangsaan di Bukit Jalil baru-baru ini.
Dia mencatatkan masa 2 minit dan 03.55 saat, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan yang dicatatnya sendiri iaitu 2:04.65s pada Kejohanan Renang Kebangsaan di Bukit Jalil baru-baru ini.
Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu turut memperbaharui rekod kejohanan iaitu 2:09.46s yang dilakukan perenang Thailand, Parichat Wongpila pada temasya di Hanoi, Vietnam dua tahun lalu.
Sementara itu, perenang lelaki negara, Daniel Bego terus menampilkan aksi cemerlang selepas memenangi pingat emas acara 200m gaya bebas dengan catatan masa 1:52.64s.
Catatan itu sekali gus melebur rekod kejohanan yang dilakukan oleh perenang Thailand, Sorasit Hanwiwattanakul (1:59.72s) dua tahun lalu.
Melvin Chua turut menyumbang pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki setelah mencatatkan masa 2:09.67s.
Dia turut sekali gus memecah rekod kejohanan yang dicatatkan oleh perenang Thailand, Radomyos Matjiur (2:10.88s).
Dalam pada itu, Rachel Lim Leik memenangi pingat emas menerusi acara 50 meter kuak dada wanita setelah mencatat masa 35.06s.
Dia berjaya memecah rekod kejohanan yang dicatatkan oleh pere- nang Thailand, Tassamol Petchsangroj (35:24s).
Bagi acara 4x200 meter gaya bebas lelaki, kuartet Daniel, Kevip Yeap, Melvin dan David Clement meraih pingat emas dengan catatan masa 8:01.58s, sekali gus memecah rekod kejohanan 8:16.50s yang dicatatkan kuartet Thailand dua tahun lalu.
Kuartet wanita negara yang dibarisi Cai Lin, Khoo Ai Hwee, Marellyn Liew dan Lai Mei Juan pula sekadar meraih pingat perak acara 4x200m gaya bebas selepas mencatat masa 9:04.23s.
Bagaimanapun, mereka tetap memecah rekod kejohanan yang sebelum ini menjadi milik kuartet Thailand (9:08.13s).
Dua lagi pingat perak dimenangi Kevin Yeap menerusi acara 200 meter gaya bebas lelaki (1:54.93s) dan Clement David menerusi acara 200m rampaian individu lelaki (2:14.92s).
No comments:
Post a Comment