Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

SUKMA XIV KL: Katrina Idam Aksi Olimpik

KATRINA Ann   dijadual menyertai Sukan SEA Indonesia, November ini.
KATRINA Ann dijadual menyertai Sukan SEA Indonesia, November ini.

MEMBUAT pilihan dalam hidup bukanlah perkara mudah. Itulah yang terpaksa diharungi atlit renang berirama Selangor, Katrina Ann Abdul Hadi dalam memilih bidang sukan yang mampu menyinarkan dirinya di pentas tempatan dan antarabangsa.

Anak gadis 19 tahun yang mula mengenali sukan seawal sekolah rendah lagi, banyak berkecimpung dan mewakili negeri dalam pelbagai acara sukan termasuk olahraga dan gimnastik.
Namun ketika mencecah usia 12 tahun, Katrina perlu membuat perancangan masa depan untuk memilih hanya satu bidang sukan yang mahu diceburi dengan serius.
“Saya perlu membuat keputusan yang besar untuk masa depan saya ketika itu dan saya memilih sukan berirama kerana ia lebih kepada semangat berpasukan dan begitu mencabar. Satu faktor lagi ialah sukan ini diiringi muzik yang rancak.

“Hingga hari ini, saya rasa sudah membuat keputusan yang betul,” katanya yang merangkul emas di Kejohanan Asia Pasifik dalam acara solo, dan menduduki tempat kelima Sukan Komanwel serta Sukan Asia tahun lalu.

Dia yang sudah tujuh tahun menganggotai skuad kebangsaan, dijadual menyertai Sukan SEA Indonesia, November ini dalam acara duet dan berpasukan, mengharapkan satu lagi pencapaian terbaik dengan memenangi pingat emas.

“Ini harapan saya dan mudah-mudahan ia berhasil,” katanya yang meletakkan sasaran beraksi di Sukan Olimpik satu masa nanti.
PROFIL

Katrina Ann Abdul Hadi



Umur: 19 tahun

Tinggi:1.61 meter

Berat: 51 kg

Adik-beradik: Sulung daripada tiga adik beradik

Hobi: Membaca

Cita-cita: Doktor Sains Sukan

Saturday, June 11, 2011

SUKMA XIV KL: Yhing Huey Dapat Pembakar Semangat

YHING Huey (kanan) dan Katriana Ann  memperagakan pingat emas yang   acara  solo bebas solo teknikal  renang berirama yang mereka menangi di Pusat Akuatik Bukit Jalil, semalam.
YHING Huey (kanan) dan Katriana Ann memperagakan pingat emas yang acara solo bebas solo teknikal renang berirama yang mereka menangi di Pusat Akuatik Bukit Jalil, semalam.

Tekad jadikan pingat emas SUKMA XIV bekal hadapi cabaran lebih besar di Sukan SEA


LEE Yhing Huey dari Selangor akan menjadikan kilauan pingat emas yang dirangkulnya dalam acara solo bebas renang berirama Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur semalam sebagai pembakar semangat untuk menghadapi cabaran lebih besar di Sukan SEA Indonesia, November ini.
Biarpun penyertaannya pada Sukan SEA nanti hanya membabitkan acara berpasukan, dia yakin dan menanam azam untuk membantu pasukan kebangsaan merangkul pingat emas.


“Saya berada dalam skuad kebangsaan bersama-sama dengan Katrina Ann (Abdul Hadi) dan saya berazam untuk membantu pasukan meraih pingat emas,” kata atlit 19 tahun yang mengutip 73.2 mata, semalam.

Selangor merangkul bersih dua pingat emas yang dipertandingkan semalam, sekali gus melengkapkan sasaran pasukan berkenaan iaitu menerusi Yhing Huey (solo bebas) dan Katrina Ann (solo teknikal).

Begitupun, pengurus Tony Yap yang berbangga dengan prestasi dua atlitnya itu, turut memasang satu lagi sasaran emas hari ini, menerusi acara duet teknikal yang bakal digalas kedua-dua pemenang pingat emasnya semalam.

“Kami mengharapkan satu lagi emas esok (hari ini) kerana mereka menunjukkan prestasi yang amat baik dalam kedua-dua acara solo yang dipertandingkan hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Dalam acara teknikal solo di sebelah pagi, Katrina Ann mengumpul 76.5 untuk merangkul emas, menewaskan atlit Wilayah Persekutuan Jillian Ng (72.1 mata) dan Gan Zhen Yu dari Negeri Sembilan (65.4 mata).

Tuesday, June 15, 2010

Sukma: Kah Yan Terus Cemerlang




Raih tiga emas dan satu rekod kejohanan acara renang KAH Yan bersama tiga pingat emas yang dimenanginya di Pusat Akuatik Hang Jebat, semalam.
CHAN Kah Yan semakin hampir untuk dijulang selaku ratu renang Sukan Malaysia (Sukma) XIII apabila meraih tiga pingat emas dan satu rekod kejohanan di Pusat Akuatik Kompleks Hang Jebat, semalam sekali gus membuktikan keputusannya menangguhkan pengajian selama setahun untuk memberi tumpuan kepada sukan ini, berbaloi. Perenang berusia 18 tahun dari Wilayah Persekutuan itu, yang mengejar kedudukan dalam skuad renang kebangsaan ke Sukan Komanwel di New Dehli, Ogos ini, tidak menunjukkan tanda kepenatan walaupun terpaksa turun ke kolam renang sebanyak tiga kali berselang hanya beberapa minit. Tiga emas yang menangi semalam, menjadikan jumlah keseluruhan empat emas diraih perenang itu setakat ini.

“Memang penat. Saya hanya sempat menyejukkan badan hanya 15 minit,” kata Kah Yan. “Rekod baru ini memang mengejutkan kerana saya tidak menjangka mampu memenangi pingat emas.”

Kah Yan memulakan tuaian emas melalui acara 200m kuak lentang dengan catatan 2 minit 24.87 saat sebelum turun ke kolam untuk cara kedua 100 meter gaya bebas.

Dia membuktikan kekuatannya dalam acara itu dengan rekod baru kejohanan 58.10 saat, memadamkan catatan lama 58.14 saat milik perenang Sabah, Leung Chii Lin, yang dilakukan pada temasya XII, sebelum memenangi emas ketiganya dalam acara 200 meter rampaian individu dengan kepantasan dua minit 24.94 saat.

Wilayah Persekutuan turut mendominasi kolam renang apabila menambah dua lagi pingat emas dalam acara lelaki melalui Ian James Barr dalam 200m rampaian individu dengan rekod baru kejohanan 2:08:09s dan Melvin Chua, 200m kuak lentang dalam masa 2:07.81s, bagi keseluruhan lima emas dimenangi kontinjen itu.

Tiga lagi pingat emas dikongsi oleh perenang Selangor, Foo Jian Beng dalam 100m gaya bebas lelaki, Chi Chia Khian dari Kedah (50m kupu-kupu lelaki) dan Marellyn Liew dari Sabah melalui acara 50m kupu-kupu wanita.