Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Four Divers Receive Incentives For Winning Medals At Universiade 2011


PUTRAJAYA, 12 SEPTEMBER, 2011: Four divers who won medals at the recently concluded World University Games (Universiade 2011) in Shenzhen, China received incentives from the Higher Education Ministry.

Pandelela Rinong, was the highest recipient with RM17,500 for winning a silver and two bronze medals from the women's 10m platform individual, synchronized and team events respectively.
   
Leong Mun Yee, winner of two bronze medals from the women's 10m platform synchronized diving and the team events received RM10,000.
   
Ng Yan Yee and Cheong Jun Hong who won a bronze medal each through the women's team event received RM2,500 each.
   
"I will save the money for a good cause and for my future," said Pandelela after receiving the incentive from Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin here today.
   
Diving was the only sport that contributed medals in the Universiade.
   

-Bernama

Saturday, June 12, 2010

SUKMA: Perak Dominasi Hari Kedua Acara Terjun

Penerjun Berirama Wanita Perak Menang Pingat Emas. Foto: Zid Omar



MELAKA, 12 Jun (Bernama) -- Penerjun wanita negeri Perak mendominasi hari kedua acara terjun temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 dengan meraih dua pingat emas di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Hang Jebat di sini, hari Sabtu.

Kedua-dua pingat emas Perak diraih menerusi acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama.

Dalam acara 3m papan anjal seirama wanita, gandingan Kam Ling Kar dan Jasmine Lai berjaya mengumpul 252.36 mata, mengatasi saingan terdekat mereka iaitu Ng Zheng Yi dan Adeline Chin dari Selangor yang hanya mampu berpuashati dengan 216.48 mata untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik Nur Dhabitah Sabri dan Joey Loh Zhiayi dari Wilayah Persekutuan dengan 216.21 mata.

"Saya gembira dapat meraih pingat emas pada Sukma kali ini. Walaupun darjah kesukaran tidak tinggi tetapi ia satu pengalaman yang baik untuk saya," kata Kam.

Beliau kemudiannya bergandingan dengan penerjun negara, Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama untuk pingat emas kedua Perak.

Selain acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama wanita, Kam turut mengambil bahagian dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform individu.

Sementara itu, gandingan Ahmad Fakhri Khairudin dan Chew Yi Wei menyumbang pingat emas pertama buat Selangor dalam acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki pada Sukma Melaka kali ini.

Gandingan Ahmad Fakhri dan Yi Wei berjaya mengumpul 357.96 mata untuk pingat emas, manakala Abdul Rashid Muhamad dan Pardika Indoma dari Sarawak mendapat pingat perak dengan mengumpul 353.85 mata.

Gangsa menjadi milik Adzhar Imran Rusli dan Muhammad Syafiq Darul Amin dari Negeri Sembilan dengan 298.71 mata.

Sarawak turut meraih emas pertama mereka melalui gandingan Abdul Rashid dan Pardika Indoma dalam acara 10m platform seirama lelaki.

-- BERNAMA