Saturday, July 3, 2010

Pandelela Kian Pulih


TAHAP pemulihan kecederaan penerjun negara, Pandelela Rinong yang mengalami keretakan tulang jari kaki, akan diketahui selepas pemeriksaan x-ray kali kedua pada 7 Julai ini.Pandelela berkata, sekiranya pemeriksaan pada Rabu depan itu menunjukkan kecederaannya sudah pulih, dia akan kembali menyambung latihan.

“Sekarang, saya masih meneruskan latihan ringan di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, tetapi program latihan saya tidak membabitkan penggunaan kaki.” katanya kepada Bernama, semalam.

Pandelela mengalami keretakan pada tulang jari kakinya selepas terlanggar kaki kerusi di kediamannya dua minggu lalu.

Berikutan itu Pandelela tidak dapat beraksi di Kejohanan Terbuka Sepanyol yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai ini, manakala gandingan asalnya, Leong Mun Yee akan beraksi bersama pasangan baru Traisy Vivien Tukiet.

Walaupun kecewa kerana tidak dapat menyertai kejohanan itu, Pandelela berkata, dia kini menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan menghadapi temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura pada bulan depan. “Rasa kecewa juga kerana persediaan untuk Kejohanan Terbuka Sepanyol sudah dilakukan sejak sebulan lalu,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment