YHING Huey (kanan) dan Katriana Ann memperagakan pingat emas yang acara solo bebas solo teknikal renang berirama yang mereka menangi di Pusat Akuatik Bukit Jalil, semalam.
LEE Yhing Huey dari Selangor akan menjadikan kilauan pingat emas yang dirangkulnya dalam acara solo bebas renang berirama Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur semalam sebagai pembakar semangat untuk menghadapi cabaran lebih besar di Sukan SEA Indonesia, November ini.
Selangor merangkul bersih dua pingat emas yang dipertandingkan semalam, sekali gus melengkapkan sasaran pasukan berkenaan iaitu menerusi Yhing Huey (solo bebas) dan Katrina Ann (solo teknikal).
Begitupun, pengurus Tony Yap yang berbangga dengan prestasi dua atlitnya itu, turut memasang satu lagi sasaran emas hari ini, menerusi acara duet teknikal yang bakal digalas kedua-dua pemenang pingat emasnya semalam.
“Kami mengharapkan satu lagi emas esok (hari ini) kerana mereka menunjukkan prestasi yang amat baik dalam kedua-dua acara solo yang dipertandingkan hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Dalam acara teknikal solo di sebelah pagi, Katrina Ann mengumpul 76.5 untuk merangkul emas, menewaskan atlit Wilayah Persekutuan Jillian Ng (72.1 mata) dan Gan Zhen Yu dari Negeri Sembilan (65.4 mata).
No comments:
Post a Comment