Sunday, June 12, 2011

SUKMA XIV KL: Katrina Idam Aksi Olimpik

KATRINA Ann   dijadual menyertai Sukan SEA Indonesia, November ini.
KATRINA Ann dijadual menyertai Sukan SEA Indonesia, November ini.

MEMBUAT pilihan dalam hidup bukanlah perkara mudah. Itulah yang terpaksa diharungi atlit renang berirama Selangor, Katrina Ann Abdul Hadi dalam memilih bidang sukan yang mampu menyinarkan dirinya di pentas tempatan dan antarabangsa.

Anak gadis 19 tahun yang mula mengenali sukan seawal sekolah rendah lagi, banyak berkecimpung dan mewakili negeri dalam pelbagai acara sukan termasuk olahraga dan gimnastik.
Namun ketika mencecah usia 12 tahun, Katrina perlu membuat perancangan masa depan untuk memilih hanya satu bidang sukan yang mahu diceburi dengan serius.
“Saya perlu membuat keputusan yang besar untuk masa depan saya ketika itu dan saya memilih sukan berirama kerana ia lebih kepada semangat berpasukan dan begitu mencabar. Satu faktor lagi ialah sukan ini diiringi muzik yang rancak.

“Hingga hari ini, saya rasa sudah membuat keputusan yang betul,” katanya yang merangkul emas di Kejohanan Asia Pasifik dalam acara solo, dan menduduki tempat kelima Sukan Komanwel serta Sukan Asia tahun lalu.

Dia yang sudah tujuh tahun menganggotai skuad kebangsaan, dijadual menyertai Sukan SEA Indonesia, November ini dalam acara duet dan berpasukan, mengharapkan satu lagi pencapaian terbaik dengan memenangi pingat emas.

“Ini harapan saya dan mudah-mudahan ia berhasil,” katanya yang meletakkan sasaran beraksi di Sukan Olimpik satu masa nanti.
PROFIL

Katrina Ann Abdul Hadi



Umur: 19 tahun

Tinggi:1.61 meter

Berat: 51 kg

Adik-beradik: Sulung daripada tiga adik beradik

Hobi: Membaca

Cita-cita: Doktor Sains Sukan

No comments:

Post a Comment