Wednesday, August 25, 2010

Pandelela Rangkul Pingat Perak Kedua Di Singapura


Borneo Post
August 25, 2010, Wednesday

PANDELELA RINONG

SINGAPURA: Penerjun negara, Pandelela Rinong, 17, yang memenangi pingat perak pertama Malaysia dalam acara 10 meter platform wanita Sabtu lalu menambah satu lagi pingat di Sukan Olimpik Belia (YOG) di sini kelmarin.

Penerjun yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Bidayuh itu berjaya merangkul pingat perak kedua selepas mendapat mata keseluruhan 444.15 dalam acara akhir terjun papan anjal 3 meter wanita di Kompleks Renang Toa Payoh.

Pandelela, atlet Malaysia pertama layak dalam dua disiplin ke kejohanan itu ketinggalan 67.20 mata di belakang pemenang pingat emas, penerjun China Liu Jiao yang mengumpul 511.35 mata.

Pandelela dan Liu Jiao menunjukkan prestasi konsisten sejak pusingan awal lagi.
Namun penerjun Kanada Pamela Ware yang menduduki tempat ketiga dalam pusingan awal acara itu gagal mengekalkan prestasinya di final. — Bernama

No comments:

Post a Comment