Saturday, May 22, 2010

Kevin tampil hebat ceriakan hari suram






KEVIN Yeap memecahkan rekod kejohanan dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia semalam

SEMALAM masuk hari kedua Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2010 di Pusat Akuatik, Bukit Jalil, lapor SAHLIZAH MOHAMED.

Namun, suasana terus suram tanpa ada pencapaian luar biasa yang boleh dibanggakan.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, suasan muram itu diserikan dengan kehebatan perenang Perak, Kevin Yeap yang tampil dengan satu rekod baru kejohanan dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.

Dia mencatatkan kepantasan 15:55.64s untuk memadamkan rekod lama, 16:02.02s.

"Saya sudah menjangka akan menang dalam acara ini dan saya sungguh gembira dengan pencapaian tersebut.

"Namun, saya masih belum bersedia untuk memecahkan rekod kebangsaan. Saya masih perlukan masa untuk merealisasikannya impian ini," kata perenang berusia 21 tahun itu.

Selepas ini, dia meletakkan sasaran memburu kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII untuk acara 400 dan 1,500 meter.

Katanya, pada Sukma 2004, dia hanya berjaya meraih pingat gangsa untuk kedua-dua acara tersebut.

Pada temasya 2006 dan 2008, dia berjaya mendominasi kedua- dua acara tersebut dengan meraih pingat emas.

"Ini adalah Sukma saya yang terakhir dan saya berharap agar kejayaan bakal menjadi milik saya.

Sementara itu, dalam saingan wanita, perenang kebangsaan, Khoo Cai Lin meraih dua pingat emas dalam acara 200m rampaian dan gaya bebas wanita.

Turut melakar nama sebagai pemenang pingat emas semalam ialah Christina Loh dari Kuala Lumpur melalui acara 50 meter kuak dada wanita.

No comments:

Post a Comment